top of page
Search

CENDOL HAJI SHARIFF

  • sicomellensa
  • Mar 1, 2015
  • 1 min read

You guys mesti dah familiar dengar cendol Jelebu atau Cendol Leman Dawi kan ? mungkin juga ada yang pernah rasa Cendol Stesen Bas Kuala Pilah, tapi kali ni Seremban pon ada gak tempat best layan cendol iaitu Cendol Haji Shariff..tempat ni kompem padat dan “ full house” pada hujung minggu terutama. Kalau korang pergi mesti korang kena berdiri usha dulu tempat nak duduk.. memang penuh. Aku cerita serba sedikit tentang sejarah cendol Haji Shariff ni, beliau ni dulu berniaga kecil kecilan ibarat bukak stall kecik pada tahun 1930. Selepas perniagaan beliau semakin maju sehingga terus bukak sebuah restoran sekarang ni. Kat sana bukan je jual cendol malah ada tambahan seperti rojak dan mee rojak! Rojak dia memang marvelous ! cendol pulak ada cendol jagung, cendol kacang, cendol pulut tapi kalau korang nak campur pon boleh ! harga bermula dari RM1.70 semangkuk. You guys kalau datang kat Seremban tu boleh la singgah kt Cendol Haji Shariff ni especially weekend la. Waktu operasi sekitar pada pukul 2 petang sampai pukul 6 petang.. so musim panas ni sesuai la korang pergi try untuk dijadikan sebagai pembasah tekak ! kompem best ape yang aku rekemen kan ni ! aku suka !! hahah

IMG_6547[1]_edited.PNG



 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic
bottom of page