BURGER IJAN PAROI
- sicomellensa
- Feb 10, 2015
- 1 min read
Burger Ijan ni dulu asalnya daripada Kuala Lumpur dan dorang berpindah di Seremban sekitar pada tahun 1995 tak silap aku. Burger Ijan ni dinamakan sempena nama owner la. Namanya panggilannya Ijan barangkali. Burger Ijan ni memang sentiasa menjadi pilihan setiap orang di Seremban. Bukan aku nak perlekehkan buger dijual dijalanan tapi terdapat perbezaan antar burger Ijan dengan burger jalanan. Kalau nak citer pasal Burgerbyte tu lain citerla la kan.. Cuma ape yang special pada burger ijan ni adalah lebih sos,mayonis dan sayur. So tak hairan dari sebuah stall beralih pada sebuah tapak bersebelahan restoran mamak iaitu Restoran Syed Maju Taman Paroi Jaya. Strategik kan portnya. Tempat lepak untuk warga Seremban yang selesa lepak di restoran mamak. Korang nak tahu pelanggannya bukan sahaja terdiri daripada orang Seremban malah ada yang datang dari Melaka dan Kuala Lumpur semata mata nak try burger Ijan ni. Memang best !! Selain tu,sekarang ni mereka dah menyediakan servis penghantaran atau dalam bahasa inggerisnya “ delivery” di sekitar Taman Paroi Jaya. Jadi ape tunggu lagi, korang mesti try Burger Ijan ni ! haha..
![IMG_6529[1]_edited.PNG](https://static.wixstatic.com/media/d012f9_e890e6c6b4c346ac99181e39ff580e6e.png/v1/fill/w_640,h_476,al_c,q_85,enc_avif,quality_auto/d012f9_e890e6c6b4c346ac99181e39ff580e6e.png)
Comments