NASI ARAB DAMSYIK SENAWANG
- sicomellensa
- Feb 20, 2015
- 2 min read
Kali ni aku nak focuskan pulak pada nasi. So aku rekemen kan Nasi Arab Damsyik yang berpangkalan di Senawang kompem buatkan korang kenyang seminggu ! hahah.
Berbaloi memang berbaloi, sebab ape ? nasi yang banyak serta harga yang berpatutan. Korang boleh rasa feel makan ala ala arab sikit. Lokasi restoran tersebut di Senawang mana yang duduk di Seremban tu tahulah kalau jalan menghala ke Taman Guru.
Bagi you guys yang belom pernah, di sini aku sertakan alamat restoran tu
NO 1 JALAN BOURGAINVILLA 1 (TAMAN BOURGAINVILLA, SENAWANG), SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN 70450
Alamat pon aku sertakan pada mana yang tak tahu tu. Restoran tu bertempat di sekitar taman perumahan je. So kalau you guys sesat ke pe boleh Tanya orang sekitar Seremban ni sebab tempat ni memang femes dalam Negeri Sembilan ni. So sini aku nak share tentang set menu. Jika dalam set diberitahu untuk seorang, biasanya sesuai untuk 2 orang. Tapi pada aku tak boleh 2 orang sebab aku ni kuat makan lagi lagi nasi arab tu . Fuhh ! lepastu kalau set beritahu sesuai untuk 3 orang, biasanya sesuai untuk makan 4 orang. Sebab MEMANG BANYAK !
kalau you guys nak tambah sayur atau “ sambal” nya memang tidak akan dikenakan bayaran. Harga memang murah berbanding kat tempat lain. So pasal ramai orang tu jangan cakap la sebab memang ramai pon. Tempat ? kompem korang dapat jugak sebab besar restoran tu. Sini memang sesuai la if you guys bawak family, or majlis makan atau pon buka puasa. Boleh la rasa feeling ala ala arab. Minuman pulak memang best! Favourite minuman aku jus manga yang terbaik di import khas daripada Negara Arab ! aku suggestkan korang order or beli la satu kotak air manga sebab boleh bawak balik rumah sebab memang best giler ! So ape tunggu lagi murah pon murah best pon best dan suasana pon best sangat sebab sesuai untuk bawa keluarga yang besar. Aku suka !! hahaha
![IMG_6515[1]_edited_edited.PNG](https://static.wixstatic.com/media/d012f9_ef56c7c57f70400bafeec701a59a00de.png/v1/fill/w_640,h_628,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d012f9_ef56c7c57f70400bafeec701a59a00de.png)
Comments